Jumaat, 24 Februari 2012

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Asas Pentaksiran Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses interaktif yang mana pembelajar, penuntut atau murid cuba mendapatkan kefahaman tentang sesuatu informasi atau maklumat dan mengintegrasikan informasi dan maklumat tersebut kepada sesuatu perkara yang mereka sudah tahu atau mengetahui . Pembelajar, penuntut atau murid biasanya akan sentiasa berfikir atau memikir akan cabaran atau cara menyerap minda pemikiran terhadap ilmu yang diperolehi secara satu persatu.

Logiknya mengunakan kaedah pentaksiran bagi tujuan meningkatkan motivasi adalah mudah :

• Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna

• Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran

• Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.

• Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .

• Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)

Tumpuan dokumen ini adalah keatas tiga kategori yang berbeza tetapi berkait-rapat bagi tujuan pentaksiran bilik darjah iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) , pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .

a. Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) adalah untuk pendidik dan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran murid dan pelajar, dan mengenalpasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dan pelajar ikuti. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid dan pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan samada pelajar dan murid boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari.

Pendidik dan guru boleh juga mengunakan informasi dan maklumat ini untuk menyalurkan dan mensasarkan arahan dan sumber serta memberi maklumbalas kepada pelajar dan murid bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.

b. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila pelajar atau murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar dan murid membina, mempraktik atau mengamalkan dan berpuashati dengan hasilan refleksi serta analisa kritikal yang dijalankan pelajar dan murid sendiri.

c. Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) adalah berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.

Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan mengunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajar dan murid. Ini juga akan memastikan agar penerima maklumat dan informasi boleh mengunakan makluman tersebut untuk menghasilkan keputusan yang dapat memberi penjelasan dan kenyataan.

Tiga Tujuan Pentaksiran

Apabila menyebut tentang pentaksiran dari perspektif tujuan (dan bukannya kaedah), kita memberi penekanan terhadap hasilan keputusan. Bahagian didalam seksyen ini menerangkan secara terperinci tiga jenis tujuan pentaksiran yang berbeza : pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) ; pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning). Turutan untuk, sebagai dan kepada (for, as, of) adalah disengajakan, untuk menunjukkan turutan mengikut kepentingan bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan murid. Pentaksiran kepada pembelajaran digunakan bagi membuat keputusan sumatif. Dalam perancangan, pembentukan dan pengunaan kaedah pentaksiran yang “sesuai untuk tujuan tertentu”, pendidik dan guru selalunya memikirkan mengenai kurikulum dan juga mengenai pelajar dan murid mereka apabila persoalan sebegini timbul :

a) bagaimanakah boleh saya mengunakan informasi yang terdapat dari pentaksiran ini ?;

ii) bagaimanakah saya boleh memastikan kualiti dalam proses pentaksiran ini? ;

iii) apakah kaedah pentaksiran yang sesuai yang patut saya gunakan? ;

iv) apakah yang sebenarnya saya taksirkan ? ;

v) mengapakan saya membuat pentaksiran ini ?

Apakah Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan, ianya dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan agar pendidik dan guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Dalam masa yang sama akan terdapat perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi dan kebolehan pelajar dan murid akan dapat dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran untuk pembelajaran, pendidik dan guru akan mengunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperolehi maklumat mengenai kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan yang dihadapi.

Maklumat dan informasi mengenai proses pembelajaran murid dan pelajar akan diperolehi oleh pendidik dan guru. Ianya dijangkakan akan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar dan murid maju ketahap yang seterusnya. Hasilan maklumbalas dari murid dan pelajar akan dapat menentukan kumpulan, strategi arahan dan sumber yang dikehendaki.

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran


Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan dan merupakan satu proses yang interaktif, dengan pendidik dan guru

• mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran

• mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar

• memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

• mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran

• menyediakan maklumbalas dan arahan segera

Pendidik dan guru juga mengunakan pentaksiran untuk pembelajaran untuk meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran. Apabila pendidik atau guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai fokus atau tumpuan kepada pentaksiran, secara tidak langsung, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar dan murid. Pendidik dan guru akan mengunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar dan murid bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid

Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut

Mengapa Mentaksir?
Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran
Apa yang ditaksir ?
tiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum
Kaedah yang digunakan ?
Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman
Memastikan Kehendak Kualiti
Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran.
Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci.
Maklumbalas terperinci yang tepat
Mengunakan Maklumat
Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran
Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum
Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi panduan untuk memperbaiki prestasi

(
Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran )
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :
• memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri
• membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka
• menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum
• bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas
• membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam
mempelajari perkara baru
• menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten
• memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci
• menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran kepada Pembelajaran
Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai dan menjejaskan pelajar dan murid secara serious, pendidik dan guru bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :
• kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu
• kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan
• proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi
• kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama
• penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan
• kaedah yang telus bagi pentaksiran
• deskripsi mengenai proses pentaksiran
• strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan
Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.
Ciri Pentaksiran Pembelajaran
Pendekatan
Tujuan
Rujukan
Pentaksir
Pentaksiran Kepada Pembelajaran
Penghakiman mengenai penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagainya
Murid
Guru
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
Maklumat bagi hasilan pembelajaran guru
Pentaksiran piawai luar atau harapan
Guru
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
Penilaian kendiri dan pembetulan sendiri
Matalamat kendiri dan piawai luaran
Murid

Sumber : http://www.blogger.com/post-edit.g?

0 ulasan: