Ahad, 8 Januari 2012

DRAF KERTAS KONSEP SEKOLAH PENYAYANG

1.0 LATAR BELAKANG
Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya. 

Malaysia tidak terkecuali dalam usaha membentuk sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja dalam aspek kurikulum, tetapi merangkumi komponen pendidikan lain seperti kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid.

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana  generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

            Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995)

           
Perkara 28 Hak Kanak-kanak PBB Mengesyorkan supaya menggalakan perkembangan  Pendidikan  menengah  dan rendah dalam pelbagai bentuk termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan  jika difikirkan perlu..

Menurut Prof. Dr Chiam Heng Keng, (2008) Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak. Konvensyen ini menekankan kabajikan dan  kesejahteraan kanak-kanak, terutama untuk perkembangan & perlindungan mereka. Dalam hal ini Dasar Kementerian sememangnya  selaras  dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC). Para pendidik  seharusnya menyokong dasar ini melalui amalan seharian mereka yang mengutamakan kesejahteraan kanak-kanak.

Dalam  Hierarki Keperluan Maslow  pula, kasih sayang merupakan  salah satu keperluan asas  yang perlu dipenuhi dan  sesuatu yang  penting dalam  proses perkembangan dan kehidupannya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses perkembangan seterusnya akan terbantut. 

Glasser (2000) juga menyatakan manusia dilahirkan dengan lima keperluan antaranya keperluan survival dan kasih sayang . Galasser percaya bahawa keperluan terhadap kasih sayang dan dipunyai adalah penting kerana kita perlukan orang lain untuk memuaskan kedua-dua keperluan ini. Warga sekolah merupakan agen penting untuk memenuhi keperluan pelajar. 

Menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti mutiara dan lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Ihya’,Jil.III). Sekiranya dia dilatih dengan perangai yang baik, nescaya dia akan menjadi seorang yang baik, begitulah sebaliknya. Kanak-kanak dianggap amanah daripada Allah kepada kedua ibu bapanya (Hamid  Fahmy,1990).

Oleh itu, Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.


2.0 MATLAMAT
Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan  menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.
Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku. 

3.0   OBJEKTIF
3.1  Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.
3.2  Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
3.3  Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.
3.4   Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap  murid-murid di sekolah.
3.5  Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

4.0  KONSEP
Sekolah Penyayang menekankan kepada  beberapa konsep utama iaitu;
4.1  Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
4.2  Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi.
4.3  Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek.
4.4  Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
4.5  Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
4.6  Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah.

5.0  PELAKSANAAN
Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran, pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.

  1.  Persekitaran
1.      Program : “Happy School Campus”

Matlamat        :
Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan konsep “Sekolah Selamat” dan “Sekolah Penyayang” yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), “Happy School Campus” bermatlamat untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.

Objektif          :
1.      Memupuk dan menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.
2.      Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang sesama warga sekolah.
3.      Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah terhadap persekitaran sekolah.
4.      Menanam rasa sayang dan bangga terhadap sekolah menjurus kepada konsep 8S.
5.      Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk menarik minat belajar murid.

Aktiviti           1          : Segar Minda

1.1-      Sasaran                       : Semua murid sekolah
1.2-      Cara Pelaksanaan       :
-           Pihak sekolah memilih sebuah lokasi strategik untuk mewujudkan sebuah tempat untuk murid merehatkan minda sewaktu murid rehat.
-           Menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja guru dengan dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
-           Jawatankuasa menyediakan bahan bacaan ringan seperti komik, novel, atau bahan-bahan permainan dalam seperti dam, catur, karom, congkak dan sebagainya.


Aktiviti 2        : Maya Bestari

2.1-      Sasaran                       : Semua murid, guru, staf/kakitangan sekolah
2.2-      Cara Pelaksanaan       :
-           Sekolah mewujudkan jalur lebar untuk kemudahan warga sekolah mengakses internet di kawasan sekolah.
-           Murid-murid dapat menggunakan kemudahan internet di bilik akses, makmal komputer atau menggunakan komputer riba 1 Malaysia yang disumbangkan oleh kerajaan.
-           Murid-murid dapat mencari bahan rujukan dan bacaan melalui melayari internet di sekolah.
-           kemudahan ICT yang menyeluruh untuk semua murid satu sekolah satu wifi –
            1S1W ( mudah akses internet )
-             menyediakan kios internet
-               membenarkan murid-murid membawa komputer riba mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh sekolah.


Aktiviti 3        : Kami Ambil Tahu

3.1-      Sasaran                       : Murid ponteng
3.2       Tempat                       : Sekitar kawasan sekolah
3.2-      Cara Pelaksanaan       :
-           Sekolah memilih beberapa  lokasi untuk dijadikan kawasan angkat untuk murid-murid seperti taman botani, taman orkid, taman anggur, taman bunga atau sangkar haiwan peliharaan.
-           Tugas murid meliputi penjagaan kebersihan dan keceriaan tempat.
-           Murid-murid akan bergilir-gilir menjaga kawasan tersebut dengan seliaan guru dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
-           Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada murid-murid yang terlibat.
-           Pertandingan boleh diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.


2.      Program  : “Satu Untuk Semua”

Matlamat        :
Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program bermatlamat mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara guru ,staf dan murid.

Objektif          :
1.      Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika menjamu selera bersama guru bertugas mingguan.
2.      Menyemai rasa keterbukaan di antara guru dan murid.
3.      Menerapkan nilai-nilai 8S kepada guru dan murid.

Aktiviti           1          : Serasa Bersama

1.1-      Sasaran                       : Semua murid, guru dan staf sekolah
1.2-      Tempat                       : Kantin sekolah
1.3-      Cara Pelaksanaan       :
-          Guru dan staf digalakkan makan bersama dengan murid pada waktu rehat.

3.      Program  : Indahnya Sekolahku

Matlamat        :
Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.”Indahnya sekolahku” bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah murid.

Objektif          :
1.      Menanam budaya amalan bersih dalam kalangan warga sekolah.
2.      Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan indah.
3.      Suasana bilik darjah yang dapat merangsang perkembangan minda murid.

Aktiviti           1          : Kelasku Rumahku

1.1-      Sasaran                       : Semua murid sekolah
1.2-      Tempat                       : Semua bilik kelas dan bilik-bilik khas
1.3-      Cara Pelaksanaan       :
-          Kelas dinilai seminggu sekali oleh guru bertugas.
-          kelas yang berjaya melepasi tahap indeks kebersihan akan diberi ‘token’.
-          ‘Token’ tersebut akan dipamerkan sehingga hujung tahun.
-           Kelas yang banyak menerima ‘token’ akan diberi hadiah atau ganjaran pada hujung tahun seperti lawatan, wang tunai, jamuan makan kelas dan sebagainya.

Aktiviti           2          : Lestari Alam

2.1-      Sasaran                       : Semua guru, staf dan murid sekolah
2.2-      Tempat                       : Kawasan sekolah
2.3-      Cara Pelaksanaan       :
-          Sekolah mengadakan pertandingan menghasilkan bahan-bahan menarik
daripada bahan-bahan terbuang.
-          Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan.
-          Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang berjaya menghasilkan bahan
yang kreatif dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.


4.      Program  : Kem “Lestarikan Kehijauan Alamku”

Matlamat        :
Murid-murid perlu ditanam nilai aspek kebersihan dan menyemai kesedaran serta rasa tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran alam semulajadi.

Objektif          :
1.      Memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
2.      Menimbulkan rasa cinta kepada keindahan alam sekitar dan diaplikasikan di kawasan persekitaran sekolah sendiri.

1.1-      Sasaran                       : Semua murid sekolah berisiko
1.2-      Tempat                       : Pantai rekreasi, rekreasi air terjun, hutan lipur, hutan
  simpanan, taman negara atau pulau-pulau pelancongan.
1.3-      Cara Pelaksanaan       :
-           Program perkhemahan diadakan di salah satu lokasi yang dipilih selama 3 hari 2 malam.
-           Guru boleh merancang aktiviti yang sesuai untuk diaplikasikan di sekolah seperti bergotong royong membersihkan pantai, rekreasi air terjun atau menanam pokok sebagai simbolik mengekalkan kehijauan alam sekitar.
  1. Pengurusan
Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh kuat untuk mencorak budaya sekolah dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Sergiovani, 2000: Sharifah Md. Nor, 2000: Deal & Peterson, 1999)
           
1.               Program MAYANG (MASIH ADA YANG SAYANG)


MATLAMAT :           Mengubah tingkahlaku murid bermasalah
OBJEKTIF     :           1.         Memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid.
2          Menimbulkan kesedaran di kalangan murid bahawa mereka sangat disayangi dan dihargai.
3.        Mendampingi dan mengenalpasti masalah murid.
4.        Menyedarkan bahawa masih ada orang yang mengambil
           berat,menyayangi dan membimbing mereka.(Caring)         

PROSEDUR PELAKSANAAN
Sasaran : Murid bermasalah
1.      Mengenalpasti murid-murid berisiko tinggi (high risk).
2.      Mengenalpasti guru angkat yang bersesuaian .
3.      Pelancaran  dan penyerahan  peringkat sekolah
Bersama waris murid dengan kerjasama agensi luar yang berkaitan.
4.      Pengisian :
                               I.            ‘Kenali Diri ’    - Hubungan /Kejelikitan
                            II.            Destinasi Diri  - Akademik
                         III.            Budaya Hidup  - Keluarga
                         IV.            Kemenjadian Murid
                            V.            Hari Penyayang ( Sukaneka/Memasak/Ikhtiar hidup  dll)


2.                  TITIAN KASIH

Matlamat          :  Mendapatkan maklumat secara tepat berkenaan punca masalah murid
Objektif          : 1.   Merapatkan hubungan sekolah dengan waris
2.      Murid dan waris menyedari keprihatinan pihak sekolah
3.      Menerapkan sikap ambil tahu dalam kalangan warga sekolah.

Prosedur  Pelaksanaan:
I   Dapatkan data kehadiran murid dari unit HEM.
II  Surat amaran pertama, kedua, ketiga.
III Membuat lawatan ke rumah murid (ponteng,kematian, sakit,masalah, kenduri)
IV Program pengurusan sek / PIBG/ guru masuk kampung (taklimat, perayaan)
V   Tabung kebajikan / Derma

  1. Guru dan Staf (kakitangan sekolah)

1.      Salam Sayang.

Matlamat
Melahirkan warga sekolah yang penyayang
Objektif
1.      Memupuk adab sopan dan mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja.
2.      Menanam perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan antara kakitangan sekolah.
3.      Meningkatkan sensitiviti dan menghilangkan prasangka.
4.      Menjadi model yang sempurna kepada murid-murid.

Perlaksanaan
-       Aktiviti ini dijalankan selepas perhimpunan rasmi ketika murid bergerak ke kelas.
-       Guru saling bersalaman antara satu sama lain sambil mengucap selamat.

2.      Identiti Sekolahku

Matlamat
Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.

Objektif

1.      Mempamerkan pemuafakatan antara guru .
2.      Meningkatkan ketrampilan guru.
3.      Menanamkan rasa sayang, semangat kekitaan dan bangga terhadap sekolah.


Pelaksanaan
-       Pemakaian seragam pada hari-hari tertentu dalam seminggu dan hari-hari penting seperti Hari Guru, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat PIBG serta menjadi wakil-wakil sekolah dalam sesuatu majlis.

3.      Santapan Minda

Matlamat
Menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu kerohanian dan motivasi

Objektif:

1.      Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan guru.
2.      Saling mengingati sesama rakan sejawat

Perlaksanaan
-       Santapan minda dijalankan lima minit sebelum mesyuarat guru bergantung kepada ketetapan pihak sekolah


3.      Sudut CAKNA

Matlamat
Warga sekolah  merasa diri mereka dihargai dan disayangi


Objektif
1.      Melahirkan warga sekolah yang sensitif dan peka kepada hari atau tarikh istimewa bagi kakitangan sekolah.
2.      Menggalakkan warga sekolah memberi penghargaan kepada guru dan kakitangan.
Pelaksanaan
-       AJK Majlis Staf mengenalpasti untuk menyediakan sudut ini (sama ada hari lahir, anugerah pencapaian, sambung belajar, apa-apa yang dianggap membawa makna kepada seseorang)
-       AJK Majlis Staf bertindak bagi  mendapatkan maklumat-maklumat ini.
-       Format sudut seperti di bawah:

Sudut Penghargaan
1.      Tarikh Ulang tahun
Kreativiti terpulang kepada sekolah
2.      Info  semasa

3.      Kematian
4.      Haji
5.      Kelahiran

  1. Pelajar
1.        PROGRAM SANTUN (SAYANG DAN TUNTUN)

 a.        Matlamat
           Melahirkan golongan murid yang suka menolong murid lain dalam pelbagai situasi.

b.      Objektif
           i.      Mewujudkan kerjasama dalam kalangan murid.
          ii.      Berkongsi kebolehan dan pengalaman.
         iii.      Wujudkan rasa kasih sayang dan semangat saling membantu antara satu                
                  sama lain dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sahsiah diri.

c.       Prosedur
            i.      Memilih PRS dan kelompok murid senior sebagai mentor.
           ii.       Murid yang terpilih sebagai mentor diberi pendedahan dan taklimat berkaitan
                    program yang akan dijalankan oleh guru Bimbingan & Kaunseling.
         iii.       Guru-guru memilih murid-murid sebagai mentee; satu mentor               
                   mempunyai 4 orang mentee.
        iv.        Melancarkan  penyerahan mentee kepada mentor dalam satu majlis khusus dan
                   seorang   guru penyelia bagi beberapa mentor.
        v.         Perjumpaan antara mentor dan mentee diadakan setiap 2 minggu sekali
                   berdasarkan modul perjumpaan yang disediakan oleh Guru Bimbingan &
                  Kaunseling.
      vi.          Laporan perjumpaan mentor dan mentee dihantar kepada penyelia untuk  
                  semakan pada setiap hujung bulan.

2.       KEMPEN SAYANGI DAKU

a.       Matlamat
          Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara 
          warga  sekolah dan murid-murid.

b.      Objektif
         i.     Meningkatkan  perasaan kasih sayang sesama murid.
        ii.     Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru.
      iii.      Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang
                lain.
     iv.       Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan 
                yang memerlukan.

c.       Prosedur
       i.       PRS dan Pengawas membantu mengenalpasti murid-murid  yang memerlukan
                bantuan (murid miskin).
      ii.        Mengedarkan pamplet,  brosur  atau kain rentang kempen untuk memberi
                penjelasan kepada murid dan seluruh warga sekolah.
     iii.        Pengawas membuat pengumuman kepada murid berhubung kempen dari
                semasa ke  semasa.
     iv.        Pengawas dan PRS menetapkan masa untuk mengumpul barang-barang        
                keperluan yang  ingin dikutip daripada murid-murid (pakaian, makanan, kasut,
                beg,kasut dll)
      v.       Melancarkan majlis pengagihan barang-barang kepada murid yang berhak dalam
               satu  majlis yang dirasmikan oleh Pengetua dan Guru Besar.

3.       TEA WITH PRINCIPAL

a.       Matlamat
          Membina budaya kemesraan dan saling menyayangi  antara guru dan murid.

b.      Objektif
      i.      Mewujudkan rasa disayangi dan dihargai dalam kalangan pelajar-pelajar yang
             terpilih.
     ii.      Meningkatkan  hubungan mesra antara pentadbiran dan murid- murid yang
             membuat perubahan positif dalam diri (akademik, sahsiah dsb)
     iii.     Melahirkan murid - murid yang sentiasa berusaha untuk kesejahteraan dan  
             kecemerlangan diri seperti mana  yang terkandung dalam slogan XPLUS.

c.       Prosedur
      i.      Ahli PRS dan Ketua  tingkatan bertindak sebagai mata dan telinga sekolah
             mengenal  pasti murid yang ponteng sekolah melebihi 7 hari sebulan tanpa
             sebarang sebab munasabah.
     ii.     Mengenalpasti punca dan sebab mengapa masalah tersebut timbul.
     iii.    Menyerahkan senarai nama murid ponteng tegar kepada kaunselor untuk sesi
             kaunseling/bimbingan kelompok. 
     iv.    Ketua Tingkatan mengisi borang kehadiran harian untuk memantau pergerakan dan
             kehadiran murid terbabit mengikut kelas; laporan diserahkan kepada ahli PRS
             yang  bertindak sebagai penyelaras pada setiap hujung minggu.
     v.     Laporan keseluruhan bulanan diserahkan kepada kaunselor untuk rekod.
     vi.    Murid - murid  yang mengalami perubahan dari segi kehadiran akan diberi pengiktirafan  
             minum petang atau minum  pagi dan sebagainya bersama Guru Besar @ Pengetua di  
            suatu tempat yang dipilih  oleh badan  disiplin sekolah.


 4.       Guruku sayang.

a.       Matlamat
          Membentuk dan melahirkan warga sekolah yang berilmu serta mengamalkan sikap  
          CAKNA dalam kalangan murid dan guru.

b.      Objektif
          i.     Melahirkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan guru dan murid.
         ii.     Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersaing dan sensitif untuk membina
                 kecemerlangan diri sama ada dalam bidang akademik mahu pun sahsiah. 
       iii.      Memupuk budaya cemerlang dalam kalangan murid.

c.       Prosedur
      i.    Guru mata pelajaran mengenalpasti bilangan murid yang belum mencapai target
            lulus  dalam sesuatu pelajaran berdasarkan ujian bulanan pertama.
      ii.   Guru menjalankan beberapa aktiviti dalam bilik darjah untuk meningkatkan
            pencapaian murid - murid tersebut.
      iii.   Merekodkan pencapaian murid terbabit berdasarkan ujian-ujian (bulan 1 – 10) yang
            dijalankan.
     iv.    Menyenaraikan kumpulan murid yang menampakkan perubahan dari segi    
             peningkatan  pencapaian matapelajaran(subjek) tersebut.
     v.     Membawa murid - murid terbabit ‘bercuti’ @ ‘bersiar-siar’ bersama-sama guru mata
             pelajaran

5.       PROGRAM RIANG RIA SUKANEKA

a.       Matlamat
     i.   Menanam sikap saling menyumbang, merancang dan melaksana dengan memberi  
          pengukuhan positif kepada para murid dan guru-guru.
   ii.    Mengeratkan hubungan mesra antara murid dan guru agar wujud rasa ‘kekitaan’.

b.      Objektif
     i.   Melahirkan murid- murid yang dapat mengamalkan budaya 3B (bingkas, bangun,
          buat).
    ii.   Membina hubungan mesra antara guru dan murid agar wujud rasa kekitaan antara 
          mereka.
    iii.   Menanam sikap ingin mencuba dan persaingan antara pasukan.
    iv.   Mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan pentadbir sekolah.

c.       Prosedur
    i.     Mengenalpasti kumpulan murid (hard-core).
    ii.    Membahagikan murid - murid terbabit kepada 4 kumpulan utama yang diketuai oleh          
          4  orang pentadbir (Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong 
          Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum) dan dibantu oleh 4      
             orang guru kanan bagi setiap kumpulan.
      iii.    Jawatankuasa Pelaksana (PRS/Pengawas/Ketua Rumah Sukan/Pengerusi @Kelab
              persatuan) merancangkan aktiviti (sukaneka) yang bersesuaian.
      iv.    Memilih tempat pelaksanaan aktiviti (di luar kawasan sekolah)
      v.     Melaksanakan aktiviti.
     vi.     Post-mortem aktiviti.

6.       PROGRAM HARGAI KAMI.

a.       Matlamat
          Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara      
          warga sekolah dan murid.
 
b.      Objektif
  i.      Meningkatkan  perasaan kasih sayang sesama murid.
  Ii.     Memberi peluang kepada  murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan
         dan guru-guru.
  iii.    Murid berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain.

c.       Prosedur
   i.     Ketua tingkatan / guru menyenaraikan nama murid yang terbabit di papan info.  
   ii.     Menggunakan masa perhimpunan mingguan/perhimpunan bulanan kokurikulum 
          untuk meraikan murid - murid tersebut.
  iii.     Menjemput murid-murid dan guru-guru ke pentas utama.
  iv.     Memulakan majlis dengan bacaan doa panjang umur.
  v.      Nyanyian lagu “selamat hari lahir”  oleh seluruh warga sekolah.
  vi.     Murid- murid dan guru-guru lain boleh memberi hadiah atau kad ucapan kepada
           yang terlibat.

7.       PROGRAM “WELCOME TO SCHOOL”

a.      Matlamat
         Menimbulkan perasaan kasih sayang , hubungan mesra dan keprihatinan antara
         warga sekolah dan  murid.

b.      Objektif
  i.     Melahirkan murid-murid yang sentiasa bersemangat tinggi untuk ke sekolah pada
         setiap hari.
  ii.    Memberi pengiktirafan kepada murid- murid yang datang ke sekolah.
 iii.     Mengamalkan nilai-nilai salam, senyum, segak, sopan dan sayang.

c.       Prosedur

  i.    Guru, pengawas/PRS yang bertugas bersedia di pintu pagar sekolah seawal pagi yang            
        boleh untuk menyambut kedatangan murid yang lain.
 ii.    Memberi ucapan selamat datang, ucapan salam atau selamat pagi kepada murid.
 iii.   Menyambut kedatangan murid dengan senyuman.

8.       PROGRAM ‘SINAR PAGI’

a.       Matlamat
          i.       Melahirkan rasa dihargai murid-murid RMT/asrama
         ii.       Makan bersama dengan pihak pentdbiran
        iii.       Mewujudkan perasaan ukhwah antara murid - murid, murid – sekolah.

b.      Objektif
        i.         Meransang keinginan murid untuk datang ke sekolah awal.
       ii.         Memberi pengiktirafan kepada murid.

c.       Prosedur
       i.         Dijalankan pada awal pagi semasa program RMT/sarapan pagi di asrama.
      ii.         Murid makan bersama dengan pihak pentadbiran semasa program
                 RMT/sarapan pagi  asrama (1hari seorang pihak pentadbir)
    iii.         Jadual pihak pentadbiran yang terlibat dengan program disediakan oleh guru
                RMT/warden asrama.

9.      Info Bestari
Perhimpunan seminggu sekali dalam perhimpunan rasmi bercakap tentang sekolah penyayang tempoh 5 minit.

-          Sayangi diri sendiri
-          Sekolahku syurgaku
-          Seronoknya datang sekolah
-          Hormati guru
-          Budaya memberi salam
-          Budaya terima kasih
-          Senyum itu sedekah
-          Tolong menolong
-          Kerja itu ibadah
-          Sayangi rakan
-           
Matlamat
Memberi input sekolah konsep penyayang
Objektif
-          Memberi maklumat yang jelas mengenai sekolah penyayang kepada warga sekolah
-          Sensitif dengan isu-isu kasih sayang
-          Memberi peluang kepada guru bertugas mengupas isu-isu kasih sayang
-          Dapat menyebarkan maklumat-maklumat segera berkaitan kasih sayang.

Perlaksanaan
-          Program ini dijalankan sebulan sekali
-          Tema ini dilaksanakan oleh guru yang bertugas

  1. Ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.
AKTIVITI 1 : Hari Bersama Permata Sekolah
Matlamat
Pencetus kepada penglibatan waris dalam aktiviti sekolah sepanjang tahun dengan senyum dan sayang.

Objektif
1.      Waris dapat menyatakan harapan dengan penuh rasa sayang kepada anak-anak.
2.      Pengisian motivasi keibubapaan kepada waris.
3.      Menarik segera waris-waris yang tegar dan kurang melibatkan diri dengan program sekolah untuk hadir.
4.      GBK sensitif dalam mengenalpasti murid-murid (klien) untuk bimbingan atau kaunseling individu.
5.      Sempurna dalam setiap hal (jasmani, emosi, rohani dan intelektual).

Prosedur
1.      Perasmian oleh pihak pentadbiran.
2.      Penglibatan: agensi luar untuk motivasi.
3.      Ceramah motivasi.
4.      Sesi: slot waris bersama murid diadakan semasa program.
5.      Pelaksanaan: dijalankan berperingkat mengikut tahun dengan penglibatan waris.

Akktiviti  2 : Waris Cemerlang, Anak Gemilang

Matlamat
Kesedaran dan pengisian dari aspek kerohanian dan penghayatan kepada nilai-nilai murni.

Objektif
1.      Pengisian kerohanian dan nilai-nilai murni
2.      Kejelekitan dalam hubungan kekeluargaan.
3.      Penerapan nilai kasih sayang.
4.      Penglibatan PIBG dalam program sekolah.
5.      Melahirkan generasi sopan segak, dan sayang dalam hubungan kekeluargaan.

Prosedur
1.      Aktiviti perkhemahan waris bersama murid.
2.      Gotong royong (mendirikan khemah, memasak, persiapan diri, dan tempat berkhemah)
3.      Ceramah kerohanian.
4.      Solat berjemaah dan qiamullail.
5.      Tidur di khemah / kelas/ dewan.

Aktiviti 3: Tautan Kasih

Matlamat :
Menarik waris  untuk hadir ke sekolah dengan pendekatan salam, sopan dan sayang.
Objektif
1.      Menggalakkan dan menarik minat waris melibatkan diri dengan aktiviti sekolah.
2.      Membina persepsi positif waris terhadap sekolah.
3.      Membina semangat kekeluargaan antara pihak sekolah dan waris.
4.      Memupuk rasa kepunyaan waris terhadap sekolah.

Prosedur
1.      Menghargai waris dengan memberikan surat penghargaan/hadiah dan bantuan.
2.      AJK PIBG menyedarkan waris tentang peranan ibu bapa dalam meningkatkan akademik dan sahsiah murid.

Aktiviti 4 : Merisik Khabar
Matlamat:
Mengenal pasti masalah dan bentuk sumbangan kepada waris yang ditimpa musibah atau miskin dengan tindakan segera dan sempurna.

Objektif
  1. Hubungan akrab antara pihak sekolah, agensi luar dan pihak waris.
  2. Mengenal pasti masalah murid dan keperluan semasa.
  3. Bertindak segera terhadap setiap aduan (3B- Bingkas, Bangun, Buat).
  4. Sensitif  terhadap setiap masalah murid.
  5. Berkunjung dan menyampaikan salam pihak pentadbir.

Prosedur
  1. Melibatkan AJK PIBG, JKKK, JKM, dan agensi-agensi lain.
  2. Guru-guru kelas menyalurkan maklumat murid yang menghadapi masalah kepada AJK bertindak sebelum ke rumah waris.
  3. Guru bersama-sama AJK PIBG melaksanakan peranan masing-masing dengan mengenalpasti lokasi dan tempat tinggal murid.

AKTIVITI 5: Hari Keluarga Sekolah
Matlamat:
Mengeratkan hubungan murid, guru, kakitangan, sekolah, PIBG dan agensi luar.

Objektif
  1. Memberikan kesedaran kepada waris berkaitan dengan kerjaya di masa hadapan.
  2. Menggilap budaya berketrampilan dalam diri murid-murid.
  3. Waris sensitif akan perkembangan isu-isu semasa.

Prosedur
  1. Program diadakan dengan penglibatan Unit Kokurikulum. Contoh: Hari Kokurikulum.
  2. Melibatkan agensi luar dalam pendedahan kerjaya.Contoh: PDRM, Jabatan Kesihatan, ATM dan lain-lain.
  3. Melibatkan waris dengan agensi luar dalam persediaan tempat.
  4. Mendedahkan murid-murid kepada peluang-peluang kerjaya melalaui peranan alumni.
  5. Sukan rakyat bersama pihak sekolah, waris dan agensi luar.

6.0  KESIMPULAN
Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik, murid, ibu bapa dan komuniti setempat.  Hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 serta diperincikan melalui surat-surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila ia dikongsikan bersama.

           Sehubungan itu kami merasakan, inilah masanya untuk kita membina murid yang cemerlang akademik dan seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat (Rujukan: Perutusan Tahun Baru 2006, YB Menteri Pelajaran Malaysia) seperti hasrat  Menteri Pelajaran melalui wasilah pendidikan dan wadah Sekolah Penyayang.




0 ulasan: