Selasa, 1 Mac 2011

Tugas Pendidik dan Teknik Pengajaran

Pendidikan memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang . Tanpa pendidikan seseorang itu akan menjadi tidak berguna kepada keluarga , masyarakat malahan kepada dirinya sendiri . Berpendidikan bukan bererti seseorang itu perlu menjejak kaki ke menara gading barulah dikatakan seseorang itu berpendidikan tetapi berpendidikan ialah apabila seseorang itu berupaya melakukan sesuatu perubahan di dalam dirinya disamping dapat memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling . Orang yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik selain ibubapa kita ialah guru. Disebabkan oleh pemodenan yang pesat dan segala pendedahan yang diterima oleh kanak – kanak pada masa kini tugas seorang guru kini bertambah berat . Jika dulu guru merupakan seorang yang dianggap sebagai seorang yang paling berilmu dan segala kata guru merupakan hukuman yang adil tetapi kini masyarakat telah pandai menilai kerana bukan semua kata – kata guru itu benar belaka .Di samping itu jika dulu tugas guru hanya menyampaikan maklumat tetapi kini bebanan seorang guru telah bertambah dari seorang yang menyampaikan ilmu sehinggalah kepada guru yang memegang pelbagai jawatan .Zaman beralih corak pengajaran pun semakin berubah penggunaan ICT didalam corak pengajaran adalah amat digalakkan .Ini bertujuan bagi menggalakkan lagi pembentukkan masyarakat yang bersikap globalisasi .


Menurut Wan Zah Wan Ali (2000 )tugas seorang pendidik itu boleh dikategorikan kepada beberapa perkara iaitu sebagai seorang penyampai maklumat , pemindah itu maklumat , pendorong pembelajaran dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dan pembina manusia yang lebih baik .
Jika dulu hanya guru yang bercakap ; menyampaikan maklumat dan murid atau pelajar hanya mendengar tetapi kini cara itu semakin lapuk ketinggalan zaman . Jika pendekatan ini digunakan murid – murid atau para pelajar akan merasa bosan .Kini teknik pengajaran kolaboratif lebih diberi tumpuan kerana teknik ini memberi lebih kebebasan kepada pelajar untuk meluahkan pendapat dan secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk bertanya soalan .Dengan itu pelajar akan menjadi seorang pelajar yang aktif .
Menurut Ramsden , Trigwel , Prosser & Lyons ( 1997 )
Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar . Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsir pelajar terhadap sesuatu yang diajar , mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti .
Kebosanan akan membataskan pembelajaran yang akan berlaku . Ini kerana pembelajaran akan berlaku hanya apabila berlakunya perubahan tingkahlaku setelah mendapat rangsangan daripada persekitaran yang akhirnya akan membawa kepada ingataan atau pengekalan terhadap pengetahuan baru itu . Terdapat tiga jenis pembelajaran iaitu pembelajaran formal , pembelajaran informal dan pembelajaran nonformal . Ketiga –tiga pembelajaran ini adalah berbeza namun bagi murid – murid yang bermasalah , pembelajaran tidak akan berlaku selagi teknik pembelajaran yang sesuai ditemui .

2.0 Pemasalah yang umum
Pemasalahan yang biasa ditemui di kalangan pelajar adalah seperti pemasalahan dari segi kecacatan genetik , keupayaan murid – murid tersebut menerima pengetahuan , ketidaksesuaian teknik pengajaran yang digunakan dan sebagainya . Memanglah menjadi hasrat setiap ibubapa untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Ini disebabkan oleh corak kehidupan masa kini yang amat memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Di antara pemasaalah yang biasa dihadapi :-
• Pemasalahan dari segi biologi .Kecacatan yang dialami ketika masih bayi atau kerosakkan sistem otak , meninggatis dan sebagainya .
• Kelakuan yang abnormal atau hiperaktif . Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
• Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa.
• Masalah membaca . Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ) .
• Kekekokan . Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis dengan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan.
• Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.

3.0 Punca – punca masalah pembelajaran .
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu biologi dan psikososial . Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Disamping itu pendedahan terhadap kadar plumbum yang tinggi ata- kanak yang mengalami ‘ lead poisoning ’ akan menimbulkan masalah kepada murid –murid itu . Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan. Antara punca-punca yang dikenal pasti :-

• Keupayaan membaca dikalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat di mana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringkat usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas. Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.

• Kanak -kanak hiperaktif memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, ubat-ubat yang khusus perlu diberikan yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan kanak – kanak agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
• Kanak-kanak yang mengalami kekekokan seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca.
• Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan.. Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.
• Kekurangan perhatian yang diberikan oleh ibubapa menyebabkan kanak – kanak itu menjadi kurang bermotivasi .

4.0 Teori –teori pembelajaran
Terdapat beberapa teori pembelajaran yang boleh diguna pakai bagi mengenal pasti cara atau teknik pembelajaran yang efektif . Ini penting kerana dengan itu guru – guru dapat menggunakan teknik yang betul dalam pengajaran .Di antara teori yang boleh diguna pakai ialah :-
• Teori pembelajaran behaviorisme , di mana pembelajaran berlaku apabila berlakunya perubahan dalam diri seseorang individu akibat sesuatu pengalaman .
• Teori Pelaziman Klasik Pavlov . Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan tindak balas . Tindakbalas yang dimaksudkan ialah tingkah laku yang berlaku akibat rangsangan . Dan yang dimaksudkan dengan rangsangan pula ialah apa – apa saja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas .
• Teori Pelaziman Operan Thorndike . Teori ini menekankan terhadap pembelajaran cuba jaya .
Terdapat banyak lagi teori – teori yang boleh diguna pakai oleh guru – guru tetapi apa jua teknik yang kita pilih factor yang penting dan perlu diingati ialah ia mestilah mengikut kesesuaian dengan murid – murid kita .


5.0 Latar belakang sekolah
Sekolah Kebangsaan Simpor yang terletak di Batu Lintang , Tikam Batu ditubuhkan pada tahun 1911 oleh Tuan Haji Abdul Hamid , Penghulu Kampung Batu Lintang ketika itu.Sekolah ini mendapat nama sempena sejenis pokok yang tumbuh subur di kawasan hadapan sekolah ini , iaitu pokok Simpor . Pokok Simpor ini masih hidup subur tegak merendang di kawasan hadapan Sekolah Kebangsaan Simpor sehingga ke hari ini ia menjadi tempat murid – murid berteduh serta menjadi lambang kebanggaan sekolah ini . Guru besar pertama sekolah ini ialah Encik Hashim . Bangunan batu pertama dibina pada tahun 1938 . Pada tahun 1974 , sebuah lagi bangunan dua tingkat dibina dan seterusnya pada tahun 1987 , bangunan tiga kelas pasang siap telah dibina . Sekolah ini telah dinaikkan taraf daripada sekolah gred B kepada sekolah gred A pada tahun 1994. Sementara pembinaan makmal komputer yang bermula pada tahun 2002 telah siap pada akhir tahun 2005 . Jumlah pelajar di sekolah ini ialah seramai 425 orang sementara jumlah kakitangan pula ialah seramai 30 orang ( 25 orang guru dan 5 orang pekerja ) .


6.0 Langkah atau kaedah yang boleh diambil dalam pengajaran dan pembelajaran
Setiap guru mempunyai gaya , teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti, pengalaman, dan latihan yang diterima . Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun begitu, kaedah umum yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masih sama. Beberapa langkah atau kaedah yang boleh diguna pakai :-
• Penglibatan aktif ( active involvement )
Penglibatan pelajar secara aktif seperti yang dilakukan dalam pembelajaran kolaboratif merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif.
Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997).
• Perbincangan dan penemuan ( Discussion and discovery )
Perbincangan adalah satu kaedah yang akan dapat meningkatkan interaksi harmoni di kalangan pelajar di samping dapat menyedia serta mengukuhkan input dalam sesuatu proses pembelajaran. Perbincangan yang bermakna akan dapat memupuk semangat setia kawan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Banyak nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui kaedah ini di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti.
• Analogi ( Analogy )
Satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili sesuatu konsep yang hendak diajar.
• Analisis
Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan.. Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi , bahkan mereka dapat menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan.
• Kaedah eksperimen / kerja praktik
Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran.
• Eksposisi atau ' Direct Instruction '
Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.

• Persembahan kreatif dan inovatif pelajar
Dalam kaedah ini, para pelajar didedah dan digalakkan mengguna bahan-bahan terancang, projektor, komputer, filem komersil dan bahan audio visual yang tidak melibatkan kos yang tinggi. Guru akan bertindak sebagai pembimbing, pemerhati di samping menyelia suasana kelas dan pembelajaran. Aktiviti dilakukan dalam bentuk individu atau kumpulan, bergantung kepada masa, peralatan, kos perbelanjaan dan sebagainya. Penilaian boleh dibuat untuk menentukan kekuatan dan kelemahan persembahan serta bahan yang disediakan. Sumbangan dan hasil kerja yang kreatif dan inovatif menjadi objektif utama. Penglibatan dan sokongan ibu bapa adalah digalakkan.

• Persembahan dengan audio dan / atau visual
Kaedah ini melibatkan alat pandang dengar seperti overhead projecter, komputer dan sebagainya. Guru-guru akan mempamirkan bahan-bahan yang telah disediakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau contoh bagi setiap kemahiran. Pada hari ini, penggunaan komputer dengan kemudahan multimedia dan internet banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran .

• Permainan dan simulasi
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat . Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu . Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi matematik.

• Latihan yang berterusan dan pelbagai
Latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk benar-benar telah dikuasai sepenuhnya . Latihan tersebut seharusnya jelas dan jitu , merangkumi semua kemahiran atau isi pelajaran dalam sesuatu topic , menguji kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran , pelbagai bentuk atau variasi , berkesinambungan dan saling lengkap melengkapi , pelbagai aras kesukaran , aktiviti pengukuhan dan pengayaan , pengabungjalinan dengan topik dan subjek lain , dan pembelajaran kendiri .

• Pengayaan dan pemulihan
Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar . Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu seperti meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah , menggalakkan pelajar memahami secara menyeluruh , mengembangkan daya kreativiti pelajar dan menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan seharian.
Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar tidak menghadiri kelas beberapa waktu , tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya , sering melakukan kesilapan , kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik / konsep . mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain atau menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang upaya penglihatan dan pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.

• Pengurusan bilik darjah
Sifat seorang pengurus yang mahir dan berkesan adalah penting bagi seseorang pendidik. Pengajaran yang berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang cekap dan terpimpin. Pengurusan bilik darjah yang berkesan bergantung kepada beberapa faktor teknik kawalan kelas , penjagaan dan penyusunan rekod , komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa , etika dan perhubungan yang professional , aktiviti kumpulan yang berkesan , situasi pembelajaran dalam bilik darjah dan masalah khusus berhubung dengan kemanusiaan . Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Amalan ini berlaku menerusi beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh para guru sebagai pengurus bilik darjah yang baik:


7.0 Masalah yang ingin difokuskan
Pemasalahan yang difokuskan di dalam rancangan pengajaran ini ialah kelemahan di kalangan pelajar terutamanya pelajar Melayu iaitu kelemahan di dalam pendaraban . Kebanyakkan pelajar di sekolah ini kurang berminat terhadap pelajaran Matematik selain Bahasa Inggeris . Mereka merasakan ia adalah sesuatu tugas yang mustahil untuk menguasai kedua – dua ilmu ini . Sikap yang negatif begini perlu disingkirkan dahulu dari pemikiran mereka oleh itu teknik pengajaran dan pembelajaran perlu diubah – ubah bagi mengekalkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini . Penggabungan teknik – teknik pengajaran seperti penggunaan kad , ICT , penggunaan permainan , dan sebagainya berupaya menarik minat pelajar .

8.0 Pentingnya Rancangan Pengajaran
Rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru – guru pada setiap hari adalah amat penting kerana ia mengandungi maklumat – maklumat penting tentang apa yang ingin dicapai oleh guru itu pada hari tersebut dan sasaran pengajarannya . Rancangan mengajar amat membantu kerana ia dapat memberi keyakinan yang lebih kepada guru tersebut di samping mengajar guru tersebut berdisiplin ; pembahagian masa yang dilakukan dalam setiap peringkat . Tambahan pula rancangan mengajar boleh dijadikan sebagai panduan atau rekod terhadap apa yang telah diajar . Atas alasan itulah setiap rancangan mengajar mestilah memenuhi kriteria – kriteria seperti berikut :-
• Mesti mengandungi maklumat – maklumat am seperti tarikh , masa , kelas , mata pelajaran , bilangan pelajar ,dan tajuk yang ingin diajar pada hari itu .
• Pengetahuan sedia ada ialah pengetahuan yang mungkin telah didapati oleh pelajar pada pembelajaran yang lalu atau didapati melalui pembacaan atau pengalaman mereka .
• Objektif pengajaran pula ialah satu matlamat yang ingin dicapai oleh guru tersebut pada hari tersebut atau setelah tamat pengajaran pada hari tersebut . Pernyataan matlamat ini amat penting bagi menentukan tindakan yang selanjutnya yang perlu diambil oleh guru tersebut .
• Isi pengajaran ialah sukatan pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar . Segala konsep atau teori atau kemahiran yang ingin disampaikan akan ditulis di bahagian ini .
• Nilai murni perlu diterapkan di dalam pengajaran kerana ia bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insane yang stabil dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek . Terdapat enam belas nilai murni yang ingin dicapai oleh Falsafah Pendidikan Negara antaranya ialah baik hati , berdikari , kerjasama , kesederhanaan dan sebagainya . Nilai murni ini dipilih berdasarkan kesesuaian pengajaran .
• Sumber pembelajaran adalah media pengajaran dan bahan rujukan yang digunakan semasa proses pengajaran dilakukan . Antaranya ialah seperti carta , Liquid Crystal Display (LCD ) , radia dan sebagainya .
• Langkah keselamatan perlu diambil terutamanya ketika melakukan kerja – kerja amali . Adalah penting bagi guru untuk mengingatkan pelajar tentang langkah – langkah keselamatan terutamanya apabila melibatkan penggunaan mesin atau bahan – bahan kimia .

Sumber : Amalina binti Abdul Latif

0 ulasan: