Rabu, 2 Mac 2011

Sistem Maklumat Strategik

Sistem Maklumat Strategik ialah sistem yang menyokong atau membentuk strategi kompetitif sesebuah unit bisnes. Sesebuah Sistem Maklumat Strategik dikategorikan berdasarkan keupayaan untuk merubah kelakuan bisnes. Ia juga boleh merubah matlamat, proses, produk atau hubungan persekitaran dalam membantu organisasi mendapat kelebihan strategik.Kompetitif bermaksud bersifat persaingan; cenderung atau suka bersaing. Strategik pula merujuk kepada keadaan jangka masa panjang serta kebaikan atau keuntungan besar yang diperolehi organisasi berbanding organisasi lain. Strategi kompetitif syarikat ialah pencarian kelebihan kompetitif dalam industri, di mana keuntungan boleh dinilai seperti harga, kualiti dan kecekapan keluaran. Pengurusan strategik adalah cara organisasi memetakan strategik untuk operasi masa hadapan. Menurut Porter(1985; 1996), kompetitif merupakan penentu kegagalan dan kejayaan sesebuah firma.



(a) Takrifkan Model rantai Nilai porter.


Nilai rantaian sesebuah firma adalah sebahagian daripada aktiviti yang lebih besar, yang dipanggil ”Sistem Nilai”.Termasuk pembekal yang memberi input keperluan dan rantaian nilai mereka. Tertakluk kepada kedua-dua produk dan perkhidmatan, untuk semua organisasi,’public’atau’private’. Adalah asas kepada ‘Supply Chain Management’.

TAKRIFAN:
Model Porter menggariskan beberapa aktiviti bisnes yang boleh menambah nilai kepada produk dan servis firma melalui penggunaan sistem maklumat dan strategi bersaing.

Kegunaan Rantai Nilai Porter
 Menilai kekuatan dan proses sesebuah organisasi.
 Mengkaji sama ada IT menyokong rantaian nilai.
 Membolehkan pengurus mencapai seberapa banyak maklumat dan peranan IT


(b) Huraikan aktiviti-aktiviti utama dan sokongan di dalam model berkenaan.

Aktiviti utama (primer)
Aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran dan pengedaran produk dan servis yang memberi nilai kepada pelanggan.Contohnya ialah aktiviti pembuatan dan jualan.Antara aktiviti utama(primer)merangkumi inbound logistics(logistik dalam kawasan),operasi,outbound logistics(logistik luar kawasan),jualan dan pemasaran dan servis.

 Logistik inbound merupakan aktiviti berkaitan dengan menerima,menyimpan dan mengedar bahan mentah daripada pembekal untuk menghasilkan produk/servis termasuklah mengendali bahan,pengawalan stok,perkhidmatan
pengangkutan dan sebagainya.
 Operasi iaitu menukar pelbagai input ke dalam produk atau perkhidmatan terakhir.Contohnya pemprosesan,membungkus,menyambung,memasang,
menguji dan sebagainya.
 Logistik outbound iaitu aktiviti mengutip,menyimpan,mengedar produk kepada pelanggan.Sebagai contoh barangan yang perlu pembungkusan akan melibatkan kerja pembungkusan,cara pengendalian,pengangkutan dan sebagainya.Dari segi perkhidmatan pula penumpuan perlu diberikan kepada cara untuk membawa pelanggan kepada perkhidmatan tersebut jika ianya terletak di tempat yang tetap.
 Jualan dan pemasaran iaitu memberi perkhidmatan kepada pembeli atau pelanggan cara untuk mendapatkan produk tersebut.Contohnya seperti melibatkan pengurusan penjualan,promosi atau pengiklanan serta penjualan produk tersebut.
 Servis ialah merangkumi semua aktiviti yang akan menjamin nilai perkhidmatan selepas jualan seperti pemasangan,pembaikan,latihan dan alat ganti bagi megekalkan hubungan baik antara pelanggan.

Aktiviti sokongan

Aktiviti yang menyokong pelaksanaan aktiviti primer dengan memberikan input
dan infrastruktur.Ia terdiri daripada infrastruktur firma,pengurusan sumber manusia,pembangunan teknologi,dan perolehan.
 Infrastruktur firma ialah sistem perancangan ,kewangan,pengurusan dan pentadbiran amat penting kepada strategi organisasi untuk mengekalkan budaya syarikat.
 Pengurusan sumber manusia merupakan bahagian paling penting kerana berkaitan pengambilan pelatih mahir atau tidak mahir.Firma akan memberi latihan susulan dan ganjaran kepada pekerjanya.
 Pembangunan teknologi merujuk kepada sebarang aktiviti yang melibatkan teknologi seperti penggunaan teknologi secara efektif untuk meningkatkan produk dan proses pengeluaran.
 Perolehan bagi mendapatkan sumber atau input seperti bahan mentah dan mesin untuk digunakan oleh aktiviti primer.


1. Takrifkan apa yang dimaksudkan dengan bisnes bricks-and-mortar dan bisnes clicks-and-mortar ?

Bisnes Bricks-and-Mortar
Merujuk kepada perniagaan yang mempunyai lokasi fizikal seperti kedai yang boleh dikunjungi untuk membeli barang.Contohnya ialah seperti kedai runcit,gedung membeli belah(Tesco,Gian,Caffour dan sebagainya),gerai dan sebagainya.

Bisnes Clicks-and-Mortar

Merujuk kepada perniagaan yang mempunyai lokasi seperti ‘bricks-and-mortar’ tetapi juga mempunyai laman web niaga atas talian.Contohnya ialah penyediaan peluang mencari pekerjaan secara atas talian seperti jobstreet.com.

2. Bincangkan empat jenis model asas e-dagang berikut:-
Perdagangan Elektronik atau dikenali sebagai E-dagang adalah transaksi perniagaan yang berlaku di atas talian malalui rangkaian elektronik seperti internet untuk membuat bayaran produk atau servis yang ingin dibeli.Perniagaan E-Dagang boleh dikategorikan kepada empat model asas iaitu:
1. Bisnes-ke-Pelanggan(Business-to-Customer – B2C )
2. Pelanggan-ke-Pelanggan (Customer-to-Customer – C2C )
3. Bisnes-ke-Bisnes (Business-to-Business – B2B)
4. Bisnes-ke-kakitangan ( Business-to-Employer- B2E )

a) Bisnes-ke-Pelanggan (B2C)

B2C melibatkan penjualan produk atau servis daripada perniagaan kepada orang awam atau pengguna akhir.model ini menerangkan penjual adalah perniagaan tersebut dan pengguna adalah orang awam.Contoh:syarikat Amazon.com yang menjual buku.
Model perniagaan B2C bertujuan sesebuah syarikat memaksimumkan keuntungan dengan menjual produk dan perkhidmatan servis secara terus dengan pelanggan tanpa melaui orang tengah.Syarikat-syarikat B2C akan menjual produk pada harga yang lebih rendah dan menawarkan perkhidmatan servis yang cekap dan pantas kepada pelanggan.

Melalui B2C pengguna akan mendapat faedah melalui perkhidmatan produk dan servis yang ditawarkan serta dapat membandingkan harga dan dapat membuat keputusan yang tepat untuk membeli produk dengan harga yang murah tanpa kekangan masa dan jarak.Melalui laman web B2C membolehkan peniaga menentukan kehendak pelanggan dengan mengemaskinikan laman web berdasarkan kesesuaian barangan yang ditawarkan mengikut profil pelanggan serta memaparkan iklan yang berkenaan sahaja.Perkhidmatan sebegini akan menambahkan keyakinan pelanggan.

b) Pelanggan-ke-Pelanggan(C2C)

C2C terdiri daripada individu-individu yang menggunakan internet untuk menjual produk dan perkhidmatan secara terus ke individu yang lain.Pelantar yang paling popular adalah lelongan atas talian.Contohnya Syarikat E-bay.com atau lelong.com.

Lelongan atas talian sama seperti perunding,di mana seorang pengguna akan melelong barangan kepada pengguna lain.Sekiranya pengguna menggunakan perkhidmatan seperti syarikat E-bay.com atau lelong.com pengguna terlebih dahulu dikehendaki mendaftar sebagai ahli atas talian.Seterusnya setelah keahlian disahkan aktif,pengguna bolehlah melakukan transaksi seperti membuat lelongan barangannya atau membeli produk atau barangan daripada ahli lain.Penawaran harga barangan akan dilakukan,sekiranya ada di antara ahli yang berminat serta menawarkan harga belian yang paling tinggi pada penghujung sesi perundingan bolehlah membeli barangan itu pada harga yang dipersetujuainya.

Satu lagi jenis E-dagang C2C adalah internet’peer-to-peer’ (P2P) atau rakan-ke-rakan.P2P merupakan suatu rangkaian internet khas yang membolehkan pengguna dengan perisian rangkaian P2P yang sama berhubung secara terus debgan cakera pada komputer masing-masing dan bertukar-tukar fail dan perisian.Masalah seperti cetak rompak harta intelektual yang dihak milik oleh organisasi tertentu,seperti fail-fail muzik MP3 yang dicetak rompak.

c) Bisnes-ke-Bisnes(B2B)
Iaitu transaksi perniagaan e-dagang terbesar berlaku di antara perniagaan.ia terdiri daripada penjualan dan pertukaran produk dan perkhidmatan di antara dua syarikat.Sebagai contoh,sebuah syarikat yang membuat motosikal mungkin menggunakan internet untuk membeli tayar motosikal daripada pembekalnya.Contohnya: Syarikat Modenas.com.

Pasaran B2B membolehkan peniaga berhubung melalui internet dengan syarikat rakan kongsi mereka.Terdapat beberapa syarikat memberi perkhidmatan untuk membantu pengeluar mencari pembekal-pembekal.Lingkaran bekalan terdiri daripada rangkaian fasiliti dan metod pengedaran yang mendapat bahan,menukar bahan keproduk akhir dan pengedaran produk akhir ini kepada pelanggan.


Terdapat empat contoh laman E-dagang B2B iaitu:-
1. Vendor B2B – Pembekal produk yang membenarkan agen pembelian untuk membeli belah menggunakan rangkaian.
2. Service B2B – Menggunakan rangkaian untuk memberi satu atau lebih perkhidmatan kepada perniagaan lain seperti bantuan kewangan,pengudangan atau perkapalan.
3. Brokering B2B – Berfungsi sebagai orang tengah dengan membuat perundingan suatu kontrak jual beli.
4. Infomediary B2B – Singkatan kepada ‘information intermediary’ atau perantaraan maklumat.Membekalkan maklumat khusus atau sulit mengenai sesuatu pembekalkepada perniagaan-perniagaan.


d) Bisnes-ke-Kakitangan(B2E
)
Juga dikenali sebagai’intrabusiness e-commerce’ atau E-Dagang dalam perniagaan.Ia merujuk kepada penggunaan teknologi intranet untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam bisnes.E-dagang B2B tidak mendatangkan pendapatan seperti model bisnes E-Dagang yang lain.Sebaliknya,ia menambahkan keuntungan dengan mengurangkan perbelanjaan dalam suatu syarikat.Sebagai contoh dengan menggunakan E-Dagang B2E,kakitangan boleh bekerjasama dengan lebih berkesan,saling menukar data dan maklumat,mengakses pangkalan data syarikat,maklumat jualan,berita pasaran,dan juga menganalisis perniagaan lain.Dengan adanya teknologi sebegini,kakitangan tidak perlu membazir masa mencari maklumat secara manual untuk melengkapi suatu tugas.

0 ulasan: