Rabu, 9 Februari 2011

Keupayaan Mengajar Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Tajuk : Keupayaan Mengajar Guru-Guru Bahasa Melayu
Sekolah Menengah
Pengkaji : Abdull Shukor Shaari,Noran Fauziah Yaakub dan Rosna
Awang Hashim
Lokasi Kajian : 108 buah sekolah menengah di negeri Kedah
Kaedah Kajian : Menggunakan soal selidik melalui 18 item skala Likert
Rekabentuk Kajian : Data kuantitatif secara Descriptive statistic


Ulasan Kajian

Pengkaji menjalankan kajian ini untuk mengkaji tentang keupayaan mengajar guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah.Kajian ini bertujuan untuk mengukur keupayaan mengajar di kalangan guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah dan membandingkan keupayaan mengajar guru-guru ini mengikut jantina.Guru perlu menggunakan berbagai-bagai jenis pengetahuan apabila mereka mengajar.Pendapat ini telah disokong oleh pendapat Wilson,Shulman dan Richert,jenis pengetahuan ini termasuklah pengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar,pengetahuan kurikulum,pengetahuan tentang pelajar,pengetahuan tentang matlamat pendidikan,pengetahuan tentang isi kandungan lain,pengetahuan tentang isi kandungan lain,pengetahuan tentang pedagogi umum dan pengetahuan tentang pedagogi isi kandungan mata pelajaran.Saya dapati kajian yang dibuat adalah signifikan dengan bidang pengurusan sekolah kerana hasil kajian ini akan member manfaat terhadap keupayaan mengajar guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah.

Saya amat bersetuju dengan justifikasi pengkaji yang mengatakan bahawa pengetahuan isi kandungan mata pelajaran penting kearah meningkatkan prestasi pengajaran tetapi ia tidak mencukupi sekiranya hanya pengetahuan isi kandungan mata pelajaran sahaja yang diambil kira.Ada pengetahuan dan kemahiran lain diperlukan bersama-sama.

Seterusnya,saya dapati kajian ini adalah satu kajian yang ada unsur kekuatannya kerana pengkaji telah membuat beberapa tinjauan terhadap kajian masa lampau. Dalam kajian ini pengkaji telah mengemukakan beberapa kajian masa lampau yang telah dijadikan rujukan. Antara kajian-kajian tersebut berdasarkan pengetahuan tentang isi kandungan mata pelajaran seperti kajian Wilson, Shulman dan Richert (1987), Shulman (1986), Goens dan Clover (1991), Good (1990), Peter (1997), Ball dan McDiarmid (1990), Druvadan Anderson (1983), Eventon,Hawley dan Zlotnik (1985), Louden(1991), FullandanStiegelbauer (1991) dan Winitzky, Stoddart,&O’keefe (1992). Kajian-kajian ini berkaitan pengetahuan isi kandungan mata pelajaran dan pengetahuan pedagogi umum.Pendapat kajian tentang pengetahuan pedagogi kandungan telah dinyatakan olehShulman (1986), Berliner (1992), Needels (1991), Strahan (1989), Grossman (1990) dan Aini Hassan (1996).Saya berpendapat bahawa pengkaji telah membuat kajian masa lampau yang mencukupi sebelum beliau membuat kajian ini.rujukan kajian ini menepati dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini.Setiap kajian masa lampau yang dikemukankan oleh pengkaji,saya dapati ianya ada perkaitan yang kukuh dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji terutamanya kajian Shulman (1986) mengkategorikan pengetahuan guru kepada tiga kategori berikut,iaitu:-


a) Pengetahuan isi kandungan
b) Pengetahuan pedagogi isi kandungan
c) Pengetahuan kurikulum

Pengkaji telah menyatakan dengan jelas hipotesis kajian terhadap analisis data terhadap kajian korelasi yang menggunakan sebanyak 370 guru mata pelajaran Bahasa melayu dari 108 buah sekolah menengah di negeri Kedah.Hipotesis kajian sangat penting kerana hipotesis ini adalah satu pernyataan kearah penyelesaian masalah.Pernyataan ini adalah satu ramalan dan satu set soalan hipotesis dirangka untuk dibuktikan kebenarannya.

Rekabentuk kajian yang diguna oleh pengkaji menggunakan data kuantitatif secara descriptive statistic.Statistik ini memberi gambaran yang jelas tentang data yang diperolehi. Ianya merangkumi:

• Kecenderungan memusat seperti min, median dan mod
• Pengukuran serakan dan seperti sela, sisihan piawai dan kepelbagaian

Didalam membuat kajian,pengkaji haruslah mempunyai etika kajian tindakan iaitu melibatkan 3 prinsip asas etika kajian berdasarkan kepada British Educational Research Association (2004) dan American Educational Research Association (2000) iaitu:

1. Kebenaran dan kejelasan (Informed concent)
Mendapatkan kebenaran daripada peserta kajian iaitu pelajar/ staf untuk terlibat
dalam kajian tanpa paksaan dan memberi penjelasan yang jelas tentang prosedur kajian kepada peserta serta hak mereka.
2. Rahsia dan sulit (Anonymity and confidentiality)
Identiti peserta haruslah dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan menyatakan dengan jelas individu yang berhak untuk melihat data yang disediakan oleh peserta.
3. Perlindungan daripada ancaman
Ancaman disini merujuk kepada apa-apa bentuk rangsangan yang boleh mengganggu psikologi peserta seperti tahap kendiri peserta.

Dalam kajian ini ,pengkaji menggunakan ujian statistik seperti korelasi Pearson untuk mendapatkan data hubungan antara pembolehubah, ujian-t dan ANOVA bagi mendapatkan perbezaan min. Paras signifikan yang baik adalah p=0.05 iaitu paras standards dalam sosial sains. Saya cadangkan di sini , adalah baik untuk meningkatkan lagi kekuatan kajian dengan menerangkan hubungan korelasi faktor dalam data yang dikaji. Biasanya para pengkaji menggunakan perisian Statisticals Package for Social Science (SPSS) kerana data yang hendak dihasilkan adalah data statitik deskriptif yang digunakan untuk meringkaskan data dan maklumat dalam bentuk yang dapat menerangkan dapatan data dengan jelas dan mudah. Ini membolehkan pengkaji menentukan samada data itu signifikan atau tidak berdasarkan nilai paras kesignifikan.

Metodologi kajian ini melibatkan sebanyak 370 guru mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai sampel kajian. Populasi kajian melibatkan 108 buah sekolah-sekolah menengah di negeri Kedah.Daripada 370 responden ini,127 merupakan responden lelaki manakala 243 ialah responden perempuan.Responden dipilih menggunakan teknik persempelan rawak berstrata daripada senarai nama yag diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Kedah (2001).Daripada 560 soal selidik yang dihantar,383 dikembalikan tetapi 12 buah tidak mempunyai maklumat lengkap.Menurut sumber jabatan Pendidikan Kedah(2001) terdapat 115 buah sekolah menengah di Kedah dan 1389 guru mata pelajaran Bahasa Melayu.

Didalam instrumen kajian pengkaji menggunakan soal selidik melalui 18 item skala Likert yang mengandungi dua dimensi iaitu pengetahuan asas Bahasa Melayu dan pengetahuan pedagogi Bahasa Melayu.Dimensi pengetahuan isi kandunan Bahasa Melayu mengandungi sebanyak sembilan item.Julat skor yang digunakan ialah antara 9-45.Jumlah skor menunjukkan tinggi keupayaan mengajar guru secara teoritikalnya berjumlah antara 28-45,manakala jumlah skor yang menunjukkan keupayan mengajar yang rendah berjumlah antara 9-27.Dimensi pengetahuan pedagogi isi kandunan Bahasa Melayu mengandungi 9 item.Julat skor ialah antara 9-45.Skor untuk dimensi ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu jumlah penyataan item sebanyak 9,jumlah skor menunjukkan tinggi keupayaan mengajar guru secara teoritikalnya berjulah antara 28-45,jumlah skor menunjukkan keupayaan mengajar yang rendah berjumlah antara 9-27.Antara item yang diguna oleh pengkaji didalam kajian beliau bolehlah dilihat seperti terdapat dalam jadual di bawah:-
• Jadual 1-Bilangan dan peratus guru mengikut kelayakan akademik dan jantina
• Jadual 2-Jadual silang umur dengan pengalaman mengajar
• Jadual 3- Statistik deskriptif keupayaan mengajar
• Jadual 4-Ujian T jantina dengan pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu
• Jadual 5 – Ujian T jantina dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan
• Jadual 6 – Umur dengan isi kandungan Bahasa Melayu
• Jadual 7 – Umur dengan pengetahuan pedagogi Bahasa Melayu
• Jadual 8- Kelayakan akademk dengan pengetahuan asas Bahasa Melayu
• Jadual 9 – Kelayakan akademik dengan pengetahuan asas Bahasa Melayu
• Jadual 10-Pengalaman mengajar Bahasa Melayu dengan pengetahuan asas

Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan,pengkaji telah merujuk kepada satu prosedur yang disarankan oleh American Psychological Association (1985).Dari segi kesahan muka,soal selidik telah diserah untuk disemak oleh seorang profesor pendidikan dan seorang pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Utara Malaysia.Pengkaji telah menggunakan ujian Kaiser-Meyer-Olkin(KMO) bagi memastikan analisis data yang diuji adalah tepat.Pengkaji juga menggunakan kaedah principal component dan alpha Cronbach.Ini menunjukkan soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Apabila dibuat perbandingan pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu mengikut jantina,dapatan menunjukkan bahawa guru lelaki lebih banyak merasakan mereka mempunyai pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang lebih tinggi berbanding guru perempuan.Begitu juga dalam hal pengetahuan pedagogi Bahasa Melayu menunjukkan guru lelaki mempunyai pengetahuan pedagogi yang lebih tinggi berbanding guru perempuan.
Seterusnya,apabila dibuat perbandingan pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu mengikut kumpulan umur pula,dapatan kajian menunjukkan bahawa responden yang berumur 41 hingga 50 tahun mempunyai min skor yang paling tinggi (36.46) berbanding ketiga-tiga kumpulan responden lain.Ini menunjukkan semakin berumur seseorang guru,semakin tinggi persepsi guru terhadap pengetahuan asas Bahasa Melayu mereka.Begitu juga apabila dibuat perbandingan dari segi pengetahuan pedagogi,dapatan menunjukkan responden berumur antara 41 hingga 50 tahun (36.52) dan melebihi 51 (36.62) mempunyai min yang lebih tinggi berbanding kumpulan lain.

Rumusan
Pada pendapat saya,kajian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap keupayaan mengajar guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah adalah penting dalam membantu pihak pentadbiran sekolah dalam urusan pengurusan mereka.Ianya dapat membantu pengurusan sekolah meningkatkan kualiti pengurusan.Saya berpendapat bahawa dapatan kajian ini sesuai untuk digunakan oleh pengurus sekolah untuk merangka dan melaksanakan langkah yang lebih berkesan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.Di sini saya juga mencadangkan agar guru-guru berpengalaman menjadi metor-menti bagi membimbing rakan sebaya atau guru-guru yang kurang berpengalaman.
Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan guru lelaki mempunyai keupayaan mengajar yang lebih tinggi,manakala dari segi umur pula guru yang lebih berumur meletakkan diri mereka lebih tinggi keupayaan mengajar.Dari segi pengalaman mengajar,guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama mempunyai keupayaan mengajar yang lebih baik.Dapatan kajian ini mempunyai bukti kukuh untuk menyokong pandangan bahawa umur dan pengalaman mengajar mempengaruhi kedua-dua dimensi keupayaan mengajar Bahasa Melayu

Rujukan

Aini Hassan.(1996).A study of Malaysian history teachers’ subject matter and pedagogical content knowledge.Unpublished doctoral dissertation.Monash Universiti,Australia.

Amir bin salleh Mohd Salleh.(1993).Inservive training needs assessment for malaysian secondary school teachers.Unpublished doctoral dissertation.University of Michigan.

American Psychological Association (1985).Standard for educational and sychological testing.Washinton:APA.

1 ulasan:

WAN DHIA berkata...

Di manakah saya boleh melihat kajian keseluruhan? untuk saya membuat rujukan.